Salam sejahtera para pembaca yang dihormati,
Selamat datang ke blog rasmi saya. Nama saya Rizal, dan saya telah berkhidmat sebagai jurutera sistem sejak tahun 1996. Mungkin ramai yang kenal saya sebelum ini dari ITTutor.net satu forum IT yang popular zaman awal 2000 yang kini kian “terkubur” 🙂
Sepanjang kerjaya saya yang hampir tiga dekad ini, saya telah berpeluang untuk bekerja dalam pelbagai peranan dan industri telekomunikasi dan juga IT. Antara pengalaman kerja saya termasuklah:
- Network Management System Engineer di sebuah syarikat Telekomunikasi PSTN
- Network Analyst di sebuah syarikat Telekomunikasi Rangkaian Fiber
- Network Specialist di sebuah syarikat IT
- OSS Engineer/Solution Engineer/CDC Lead di sebuah vendor syarikat Mobile Network dan Cloud Services (Malaysia dan Arab Saudi)
Melalui blog ini, saya berhasrat untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang telah saya timba sepanjang perjalanan kerjaya saya. Antara topik-topik yang akan saya bincangkan adalah:
- Panduan dan petua berguna dalam bidang kejuruteraan sistem
- Pengalaman menyelesaikan pelbagai cabaran teknikal
- Perkembangan terkini dalam dunia teknologi maklumat
- Cerita-cerita menarik dari sebalik tabir industri IT
